Monday, November 1, 2010

Asam Pedas



Salam,
ini adalah resepi dari chef wan. Masa tgk kat AFC(Asia Food Chanel), dia guna ayam tp saya guna ikan. Rasa dia macam ala-ala tomyam ..sedap memang tidak mengecewakan.

Bahan-Bahan

1 ekor ikan - apa-apa ikan di sini guna ikan tanda mcm ikan merah cuma ada taik lalat besar...:D
20 batang cili kering di rendam dgn air panas *
10 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1/2 inci kunyit *
2 - helai daun limau purut *
sebatang serai *
secubit belacan - tak letak pun *
1 sudu ketumbar *
segengam daun kesum *
* blender bahan-bahan bertanda ini
asam jawa - saya guna pati adabi
garam secukup rasa
secubit gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga naik minyak. masukkan ikan dan air secukupnya. bila agak2 mendidih masukkan air asam jawa, garam dan gula, rasa mengikut citarasa masing-masing. Tunggu 5 minit atau sehingga ikan masak.

Tempe goreng rangup


Salam,
makan malam yang simple...

Bahan-bahan
Tempe - potong mengikut kesukaan...lagi nipis lagi sodap...
2 sudu tepung beras
1/2 sudu ketumbar*
2 biji bawang putih *
(* tumbuk hingga halus)
secubit garam
secubit kapur makan
air secukupnya

Cara-cara
1. campur semua bahan kecuali tempe sehingga menjadi seperti campuran goreng pisang...cair sikit pun tak pe.
2. panaskan minyak. celup tempe ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga garing.
3. Sedap dimakan bersama cili kicap ( cili padi + bawang putih + kicap manis+ gula=tumbuk dan campur semua)

Tuesday, October 19, 2010

Kari ikan segera

Salam, setelah beberapa kali gagal dalam experimen memasak kari....huhuhuh kenapakah..??memang tak minat sangat makan kari2 nie....tapi kadang-kadang teringin jugak nak tau memasak semua benda kann..... last2 terjumpa la perencah kari segera.....wahhh apa lagi test la kan..memang tak sia-sia.....ekekek..kompom terus sedap.....kita guna jenama Mak nyonya nie la rupanya bungkusannya...


dan hasilnya......

Sunday, October 17, 2010

Nasi Jagung



hujung minggu nie kita test masak nasi jagung plak resepi dari kg suami....mana lagi org nogori.....lawan pulak lauk dia ayam goreng je..senang untuk budak-budak sekali dengan kuah dal...walaupun kuah dal tak menjadi ..heheh cair sgt...camno nak masak cam mamak tu ek....tp ok la kannnn....layannn..:D

Bahan-Bahan
2 pot beras basmati (lain-lain beras pun boleh)
2 pot air
2 sudu minyak jagung
1/2 tin jagung - nak fresh beli jagung yg biji-biji tu..:D
5-6 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 batang serai - titik je
pandan - tak letak pun sbb tak de..:D
1 inci halia muda - tak de gak pakai jek halia tua..:D *
daun salad - 1 pokok ke agak2 la *
daun bawang *
daun saderi * (* hiris halus)
kismis dan kacang gajus -huhuh ai tak letak terlupa...:D
2 -3 sudu limau sanquit
garam

Bahan Penumis
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2-3 biji
semua ni dibungkus mcm sup bunjut tu....tp ai tak buat pun tak de kain...ehehhee..:D

Cara-cara
1. panaskan minyak, tumis bahan penumis sampai wangi.
2. Masukan bawang merah, putih , halia, serai, daun bawang, daun saderi , daun salad dan daun pandan.
3. Masukkan air. sukatan air sama dengan sukatan beras.Masukkan jagung, limau sanquit dan perasa gan garam.Setelah mendidih masukkan nasi dan pindahkan ke periuk nasi dan masak seperti biasa.

Tuesday, October 5, 2010

kuew tiau sup



Menu minggu nie hari-hari makan kuew tiau...sampai stok kuew tiau abis....tak la beli banyak 500 gm jek..tp iye la yang makan 2 orang dewasa.....yang tengah diet...wahahaha...walau pun tak la diet mana....anak-anak plak jenis tak pemakan walau pun masak untuk diaorg....berkorban tak masukkan lada huhuh tapi yang menghabiskan portion mereka tetap ibu dia....uwaaaa...uwaaaaa...camno nak kurus....

Bahan-bahan
150 gm kuew tiau - agak2 semangkuk
2 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah * hiris halus
meat ball - readymade
caret
1/2 kiub ayam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan (nampla)
cendawan - tak letak pun tak pe...sbb kat rumah ada letak je la...
Daun sup
2 sudu minyak masak

Cara-cara
1. panaskan 2 sudu minyak masak, masukkan bawang putih dan merah sehingga naik bau.
2. Masukkan meatball gaul dan masukkan air secukupnya. Masukan caret dan cendawan.Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan sos ikan, rasa masinnya...tambah sos ikan jika tidak masin. Masakan ini memang tidak letak garam sbb sos ikan telah masin.
4. setelah agak2 meatball masak, masukkan kuew tiau dan tunggu mendidih baru matikan api.
5.Siap untuk dihidang bersama daun sup...

Monday, October 4, 2010

kuew tiau goreng



kuew tiau versi tak pedas.

Bahan-bahan
200 gm kuew tiau
2 ulas bawang putih *
4 biji bawang merah * hiris halus
2 ekor sotong
10 ekor udang
1 sudu sos tiram
1/2 kicap pekat
1 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
sawi
sebiji tomato
segengam togeh
setengah tahu dipotong dadu
minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih.
2. masukkan sotong dan udang. goreng sebentar dlm 3 minit.
3. masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat kacau rata.
4. Masukkan pula tahu, kuew tiau dan sawi. Gaul rata dan masukkan kicap manis secukupnya sehingga rasa sedap.
5. Setelah kering sedikit airnya masukkan togeh dan tomato. tutup api dan siap untuk dihidangkan.
untuk pengemar makanan pedas boleh la hiris lada dan tabur di atasnya.

Sunday, October 3, 2010

Nasi Lemak



Sarapan di hujung minggu...menyebabkan pepagi dah mengantuk.....hehehe.....

Sunday, September 5, 2010

Almond London

Satu lagi biskut raya yang mesti di buat setiap tahun kerana my hubby and my dauther mmg pengemar choklat tegar. Gambar pun tak ambik lg..letih lepas siap membaking terus lepak2...hehehe...resepi nie saya baru cuba dari bloger tiffinbiru. Sebelum nie resepi lain yg ntah kemana hilangnya.....daripada hilang lg saya simpan di sini....:D

Bahan-bahan
125 gm butter
75 g aising sugar
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g Tepung Gandum
1 camca teh emplex ( di satukan bersama tepung dan di ayak)
355 g badam berkulit, di panggang atau di goreng...senang masuk oven kasi bakar selama 5 minit.

Bahan-bahan hiasan
300 g coklat masakan
1/2 camca besar lemak sayur- saya guna butter je
badam cincang secukupnya utk ditabur di atas biskut
paper cup secukupnya

Cara-cara
1. Satukan mentega dan gula, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan vanilla, terus pukul hingga berkrim.
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. ambil sedikit doh dan letak sebiji badam. buat sehinnga habis dan bakar pada suhu 200C selama 12 minit ( dlm resepi asal 150C selama 12 minit- maybe oven lain2 tu yg saya kena 200C selama 12 minit).
3. Cairkan cokelat secara double boiler (letak mangkuk tahan panas berisi cokelat masakan diatas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan butter dan kacau rata.
4. ambil sebiji biskut yang botak tadi masukkan ke dalam paper cup dan sudukan coklat cair hingga menutupi biskut. taburkan badam cincang dan susun di dalam bekas.

Ala-ala Famous Amos

Search punya search jumpa resepi nie...try..not bet la mcm famous Amos. Ukuran bahan nie agak byk juga jadi saya buat separuh dr ukuran tersebut. Gambar utk resepi nie pun tak ambik lg....saje postkan supaya resepi nie tak hilang.

Bahan-bahan

2 cups butter
4 cups flour
2tbs baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & lend in blander to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tbs salt
18 oz Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tbs baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tbs vanilla

cream the butter and both sugar. Add egg and vanilla. mix together with flor,oatmeal,salt,baking powder and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balss and place two inches apart on a cookie sheet. bake for 10 minutes at 375 degrees. makes 122 cookies.

Tart gulung

Resepi yang mudah, dan sedap.Gambar nanti la sbb lum ambik lg.

Bahan-bahan untuk pastri
450 gm Tepung Gandum
1 1/4 ketul butter - dlm 300 gm
4 biji kuning telur

cara :
Butter dan tepung digaul rata (menjadi bread crump). Masukkan telur kuning yang telah di pukul. uli sehingga menjadi doh.

Bahan-bahan Inti Nenas
Nenas
gula sedikit pewarna kuning
Nisbah nenas:gula = Sebiji Nenas : secawan gula

Cara :
Kisar nenas dan masukkan ke dalam periuk dan masakan sehingga air kering. Masukkan gula dan sentiasa dikacau sehingga tidak hangus.

Doh tadi masukkan ke dalam pam semprit dan letakan jem di belakang dan gulung. Sapukan kuning telur sebelum di bakar pada suhu 180 c

Saturday, August 21, 2010

Nasi beriani


Ini adalah menu berbuka puasa pada hari ini, resepi nie di ambil dari carian di internet dan di gabungkan dengan beberapa kaedah memasaknya.Dan akhirnya.......boleh la agaknya dikatakan nasi beriani gam......hehehehe :D

Bahan-bahan nasi

500 gm beras basmati (dibersihkan dan di tos)
1250 ml air
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma-koma(safron powder) tak de pewarna kuning pun boleh
2 camca teh esen ros
Bahan-bahan daging

500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
3 biji bawang besar *
5 biji cili hijau *
5 ulas bawang putih *
4 cm halia*
(blander bahan bertanda *)
2 sudu besar rempah beriani
2 tangkai daun ketumbar **
3 tangkai daun pudina **
3 biji tomato **
(bahan bertanda ** di potong kecil)
100 gm bawang goreng
150 ml susu sejat
sedikit buah gajus
garam dan gula sebagai perasa
minyak masak

Cara-cara
1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar mendidih sehingga 3/4 nasi masak.Angkat dan toskan.
2. gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun pudina dan ketumbar, tomato dan bawang goreng.Goreng hingga garing dan masukkan susu.(jika daging masih belum lembut letak la air sehingga daging empuk baru masukan susu.)
4. Sediakan bekas yang boleh di bakar di dalam oven. Ambil 1/2 nasi tadi dan ratakan di dalam bekas.Renjis pewarna atau koma-koma dan esen ros. ratakan pula daging yang telah di masak tadi. Tutup kembali dengan nasi lebih tadi. renjiskan kembali pewarna atau koma-koma dan esen ros.
5. tutup bekas tadi dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. Bakar agak-agak 15 minit.
6. gaul nasi tersebut sebelum di hidang.....boleh la di mkan bersama rojak nenas dan timun.

Friday, August 20, 2010

Mee Bandung



Dah lama tak menaip resepi di sini....bukan dapur tak berasap...cuma tak de ambik gambar...apa taknya lepas masak terus ngap....hehehhe....almaklumla bln pose nie.....ari nie masak mee bandung....resepinya agak2 rasa mcm kat kedai ok la tu kan.....layan je la...insallah sodapp...

Bahan-bahan di kisar halus
20 batang cili kering *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar * (kalau guna bawang kecik dlm 5 ke 6 biji)
segengam udang kering *

Bahan-bahan lain
250 gm mee kuning
250 gm daging ( direbus sehingga empuk -air rebusan jgn dibuang masuk blk dlm kuah mee bandung)
1 keping tahu ( di goreng dan di potong memanjang)
sayur sawi
caret / jagung muda (optional tak masuk pun tak pe)
fish ball
10 ekor udang basah
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara-caranya
1. tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. masukkan daging, fish ball dan udang, agak2 5 minit masukkan pula air rebusan daging.Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula. Rasa agak- mengikut selera.
3. masukkan pula sayur-sayuran seperti sawi, caret dan jagung muda. Biarkan mendidih lagi.
4. pecahkan telur dan biarkan agak-agak 3 minit tutup api.
5. mee kuning tadi di rendam di dalam air mendidih sebentar. Agak-agak lembut sedikit boleh la di tapis.
6. cara menghidang , letak mee di dalam pingan, taburkan tahu dan bolehla tuang kuah mee tadi...siap boleh la di ngap..:D

Sunday, August 8, 2010

Lazy Lasagna

Before
After

Satu masakan yang dahulunya saya rasa susah dan remeh...tetap rupanya senang dan bila malas-malas memasak boleh la buat untuk mengalas perut yang lapa....:D

Bahan-bahan ( utk 2 layer or 3 layer)
Lagsana
sos spegethi prego - jenama lain pun ok *
2 sudu miyak zaiton, miyak kelapa sawit pun ok je *
agak-agak 200gm Daging kisar *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
caret - potong dadu *
Sesudu kecil serbuk Lada hitam *
sesudu kecil oregano kering *
garam dan gula secukupnya
* untuk memasak sos spegethi

2 sudu besar mentega **
1 sudu besar tepung gandum **
250 gm susu segar **
Keju parut **
sesudu kecil lada hitam **
** utk sos putih

Cara-cara
1. Untuk membuat sos spegethi - panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah di cincang . Bawang telah garing, masukkan daging lembu atau ayam, keringkan air daging dan masukkan sos prego, rasa garam gula dan masukkan caret. last masukkan lada hitam dan serbuk oregano kering. siap . jika agak kering tambah sedikit air supaya ia ada berkuah sedikit kerana ia untuk melembutkan kepingan lagsana.
2. untuk membuat sos putih - panaskan mentega, masukkan tepung gandum kacau rata dan cepat, kecilkan api jika kuali terlalu panas, masukkan susu segar kacau sehingga pekat. masukkan lada hitam dan cheese parut. siap
3. untuk lapisan - rendam lagsana dlm air suam(agak2 dia lembut sedikit),susun lagsana di dalam bekas, masukkan sos spegethi, lapiskan lagi dengan sos putih,dan lapisan atas parutan cheese. ulang lagi langkah susun lagsana,kuah sos spegethi,sos putih dan parutan cheese sehingga selesai.
4. bakar selama 30 minit atau sehingga lagsana masak, cucuk dengan sudu garpu untuk mengetahui lagsana masak

Wednesday, July 28, 2010

Rendang Ayam resepi ibu mertua ku



ni masak untuk budak opis...diaorg buat potluck...so org yg rajin masak mcm ai nie..nak bgn pagi2 mmg takut tak bangun kan....so nie la resepi yang senang di masak malam pagi tinggal hangat sikit...dah siap....mak mertua ai org nogori ...so dia guna cili api...memang pedas terangkatt....layannn....

Bahan-bahan
1 ekor ayam / 1 kg daging
segengam cili api- nak lg pedas byk gengam...hehehe
5 batang serai - mak mertua ai kata lg byk lagi sedap...
15 biji bawang merah - pun sama byk lg sodap...
3 biji bawang putih
seinci halia
seinci kunyit
stgh inci lengkuas
1 sudu ketumbar *
1 sudu jintan *
* sangaikan dan tumbuk halus
2 biji kelapa - ambik santannya
2 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa
1 helai Daun kunyit - untuk hiasan

Cara-cara
1. bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali (senang utk mengacau).
2. kisar cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas dan serai.
3. masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam.
4. masukkan juga ketumbar dan jintan yang telah di sangai dan di kisar ke dalam kuali juga.
5. hidupkan api dan masak sehingga air ayam dan rempah kering.
6. setelah kering, masukkan santan dan biarkan kering sedikit.
7. masukkan kerisik, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
8. biarkan kering dan tutup api.
9. hiris daun kunyit untuk hiasan. siap untuk dimakan bersama nasi putih atau ketupat.

Friday, July 23, 2010

Pecel jawa



nak abiskan stok sayur punya pasal dlm fridge ....apa lg kan....buat aa pecel....org jawa memang terkenal la gan makanan nie...bahas lain rasanya rojak sayur kut.....hehehe...

Bahan-bahan

sayur kesukaan apa2 pun.....tp biasa org letak
* togeh, kacang panjang, pucuk ubi, ( semuanya di rebus dan di toskan),
* timun, sengkuang, (di potong memanjang)
* tempe, tahu, fishcake (di goreng dan di potong) utk tempe elok di potong dahulu sblm mengoreng....rangup lagi sedap...:D

bahan-bahan sos kacang

10 batang lada kering di rendam buang biji
stgh biji bawang besar
1 biji bawang putih
segengam kacang tanah di goreng
sesudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa.

cara-cara
1. goreng lada, bawang besar dan bawang putih . ada gak org letak belacan, kalau suka boleh la di goreng bersama.
2. blander semua bahan lada, bawang besar, bawang putih, kacang tanah, air asam jawa, gula, garam.
3. rasa sosnya... tambah gula, garam atau air asam jika rasanya tidak cukup.
4. siap utk di hidang bersama sayuran2 dan bahan2 di atas....

Tuesday, July 20, 2010

Tahu poket


Dah lama tak makan tahu.....tapi bila masak tahu mesti goreng kosong begitu sahaja....bosan la plak kan....so cari punya cari resepi di internet terjumpa plak tahu poket ni....mudah saje dan sedap bagi peminat tahu apa lagi cuba la ....

Bahan-bahan
4 keping tahu
50 gm isi udang di cincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah di racik halus
2 helai daun ketumbar di hiris halus
2 sb telur (dlm stgh biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-cara
1. tahu di potong 2 kemudian korek tahu buat poket (mcm buat tahu sumbat). Isi tahu dikeluarkan dan jangan dibuang
2. hancurkan isi tahu tadi dengan sudu, campurkan semua bahan lain ke dalam tahu yang telah di hancurkan tadi gaul rata semua bahan.
3. sumbat kan bahan-bahan yang telah di gaul tadi ke dalam tahu. Siap mengisi tahu bolehla digoreng. goreng dengan minyak yang panas.
4. boleh hidangkan bersama sos

bahan- bahan sos
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 cawan air
1 sb tepung jagung [ bancuh dengan sedikit air]

cara-cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus
2. panaskan bahan cili sehingga mendidih. masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sedikit.
3. tutup api dan biarkan sejuk.

Friday, July 16, 2010

Ikan masin masak lemak cili api + nenas

Salam,
Lauk untuk hari ini masak lemak cili api ikan masin campur nenas dan untuk anak-anak plak udang paprik tak pedas.....dan lauk tambahan telur dadar (try masukkan mayo....sedap ).
ini adalah resepi ikan masin masak lemak cili api + nenas yg simple tak yah letak bawang2....mmg resepi org nogori...hehhee



Bahan-bahan
ikan masin kurau
santan 1 biji kelapa
sebatang serai
sekeping asam keping
suku biji nenas
5 - 6 biji cili padi kalau suka pedas boleh tambah lg *
seinci kunyit hidup lg sedap dr kunyit serbuk *

cara-cara
1. Kisar halus bahan bertanda *.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar, serta serai yang telah di ketuk. Masak di atas api sehingga mendidih. kacau supaya tidak pecah minyak.
3. agak2 5 minit selepas santan mendidih masukkan ikan kering dan asam keping. masak selama 5 minit dan masukkan nenas. setelah agak2 masak tutup api dan boleh di makan bersama nasi putih.

cuci mata.... udang paprik



Simple macaroni cheese



Salam,

Semalam terfikir-fikir apa la nak di makan utk mkn malam yang simple, mudah dan cepat....so nie la hasilnya......wahahah sedap gak la walaupun main campak2 ikut resepi sendiri.......

Bahan-bahan
2 gengam macaroni - direbus ,letak 2 sudu minyak dan garam
1 sudu besar tepung gandum
250 ml susu segar
mentega angaran 1 sudu
sikit stok ayam - saya guna kiub je..suku kiub
garam, serbuk lada hitam, oregano - agak2 je semua
beberapa ekor udang- buat rasa2 seafood
Cheese mozarella secukupnya

Cara-cara
1. panaskan mentega di dalam kuali, masukkan tepung dan kacau dengan api pelahan. setelah sebati masukkan susu dan stok ayam pula kacau sehingga pekat. masukkan bahan perasa garam, serbuk lada hitam,oregano dan udang.Boleh juga letak cheese sedikit di dalam sos putih ini.
2. masukkan macaroni yang siap direbus di dalam bekas. taburkan atas macaroni tadi sos yang di buat tadi di no 1.
3. tabur cheese di atas macaroni tersebut.
4. boleh la di bakar selama 10 minit.

Thursday, July 15, 2010

Roti Canai



Salam,
ini adalah resepi ringkas untuk membuat roti canai. Sedap di makan dengan kari daging kerisik...heheehhe

Bahan-bahan

300gm tepung gandum
segelas air *
2 sudu susu *
secubit garam *
2 sudu minyak masak
mentega secukupnya utk di sapu ke atas doh roti canai supaya tidak melekat antara 1 sama lain.

Cara-cara
1. Bahan bertanda * disatukan. Campuran tersebut boleh diagak-agak campuran susu dan garam sehingga air tu rasa lemak2 masin.
2. tuang air campuran susu dan garam ke dalam tepung dan uli sehingga benar2 lembut dan tidak melekit. Jika doh lembik boleh la di tambah lagi tepung.
3. masukkan minyak dan uli lagi sehingga sebati.
4. setelah siap bolehla dibulat-bulatkan kecil2 dan disapu mentega di doh tersebut sblm di canai.
5. canai doh satu-satu dan bolehla di goreng di kuali leper.
6. Siap dan boleh di hidang bersama kuah dal atau kari.

Monday, July 12, 2010

Kari daging Kerisik


salam,
ini adalah resepi kari yang paling mudah yang pernah saya jumpa...setelah beberapa kali fail bila masak kari....hehee...dan saya dapat resepi ini di salah satu blog masakan yang selalu saya kunjungi iaitu tiffinbiru. Jadi saya tak mahu kehilangan resepi ini jadi saya tulis di sini untuk simpanan saya.


Bahan-bahan
500 g daging batang pinang, dipotong kiub
2 biji kentang, jika suka boleh lebihkan, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap biji - saya tak letak pun
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair - agak2 ikut daging empuk je
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka - saya guna gula perang
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisik
garam secukup rasa

Bahan Tumis
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan kisar halus
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

Cara-cara
1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata. panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
2 Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata.Tuangkan santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biarkan hingga kentang dan daging empuk.
3. masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. hidangkan bersama nasi putih, roti,roti canai dan sebagainya.....

Sunday, July 11, 2010

Puding caramel



Bahan-bahannya

5 sudu besar gula pasir
5 ml susu (susu full cream pun ok)
5 biji telur

Cara-cara

1. Masak gula sehingga cair, perang sikit tutup api dan kacau sekejap.Masukkan gula ke dalam loyang(bekas).
2. Panaskan susu dan tutup api
3. Pukul telur dan masukkan susu tadi kacau rata.
4. Tapis adunan susu dan telur masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
5. Kukus selama 10 hingga 15 minit.
6. Siap dan boleh la di terbalikkan di atas pinggan hidangan......