Saturday, August 21, 2010

Nasi beriani


Ini adalah menu berbuka puasa pada hari ini, resepi nie di ambil dari carian di internet dan di gabungkan dengan beberapa kaedah memasaknya.Dan akhirnya.......boleh la agaknya dikatakan nasi beriani gam......hehehehe :D

Bahan-bahan nasi

500 gm beras basmati (dibersihkan dan di tos)
1250 ml air
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma-koma(safron powder) tak de pewarna kuning pun boleh
2 camca teh esen ros
Bahan-bahan daging

500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
3 biji bawang besar *
5 biji cili hijau *
5 ulas bawang putih *
4 cm halia*
(blander bahan bertanda *)
2 sudu besar rempah beriani
2 tangkai daun ketumbar **
3 tangkai daun pudina **
3 biji tomato **
(bahan bertanda ** di potong kecil)
100 gm bawang goreng
150 ml susu sejat
sedikit buah gajus
garam dan gula sebagai perasa
minyak masak

Cara-cara
1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar mendidih sehingga 3/4 nasi masak.Angkat dan toskan.
2. gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun pudina dan ketumbar, tomato dan bawang goreng.Goreng hingga garing dan masukkan susu.(jika daging masih belum lembut letak la air sehingga daging empuk baru masukan susu.)
4. Sediakan bekas yang boleh di bakar di dalam oven. Ambil 1/2 nasi tadi dan ratakan di dalam bekas.Renjis pewarna atau koma-koma dan esen ros. ratakan pula daging yang telah di masak tadi. Tutup kembali dengan nasi lebih tadi. renjiskan kembali pewarna atau koma-koma dan esen ros.
5. tutup bekas tadi dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam oven. Bakar agak-agak 15 minit.
6. gaul nasi tersebut sebelum di hidang.....boleh la di mkan bersama rojak nenas dan timun.

Friday, August 20, 2010

Mee Bandung



Dah lama tak menaip resepi di sini....bukan dapur tak berasap...cuma tak de ambik gambar...apa taknya lepas masak terus ngap....hehehhe....almaklumla bln pose nie.....ari nie masak mee bandung....resepinya agak2 rasa mcm kat kedai ok la tu kan.....layan je la...insallah sodapp...

Bahan-bahan di kisar halus
20 batang cili kering *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar * (kalau guna bawang kecik dlm 5 ke 6 biji)
segengam udang kering *

Bahan-bahan lain
250 gm mee kuning
250 gm daging ( direbus sehingga empuk -air rebusan jgn dibuang masuk blk dlm kuah mee bandung)
1 keping tahu ( di goreng dan di potong memanjang)
sayur sawi
caret / jagung muda (optional tak masuk pun tak pe)
fish ball
10 ekor udang basah
2 biji telur
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

cara-caranya
1. tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. masukkan daging, fish ball dan udang, agak2 5 minit masukkan pula air rebusan daging.Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula. Rasa agak- mengikut selera.
3. masukkan pula sayur-sayuran seperti sawi, caret dan jagung muda. Biarkan mendidih lagi.
4. pecahkan telur dan biarkan agak-agak 3 minit tutup api.
5. mee kuning tadi di rendam di dalam air mendidih sebentar. Agak-agak lembut sedikit boleh la di tapis.
6. cara menghidang , letak mee di dalam pingan, taburkan tahu dan bolehla tuang kuah mee tadi...siap boleh la di ngap..:D

Sunday, August 8, 2010

Lazy Lasagna

Before
After

Satu masakan yang dahulunya saya rasa susah dan remeh...tetap rupanya senang dan bila malas-malas memasak boleh la buat untuk mengalas perut yang lapa....:D

Bahan-bahan ( utk 2 layer or 3 layer)
Lagsana
sos spegethi prego - jenama lain pun ok *
2 sudu miyak zaiton, miyak kelapa sawit pun ok je *
agak-agak 200gm Daging kisar *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
caret - potong dadu *
Sesudu kecil serbuk Lada hitam *
sesudu kecil oregano kering *
garam dan gula secukupnya
* untuk memasak sos spegethi

2 sudu besar mentega **
1 sudu besar tepung gandum **
250 gm susu segar **
Keju parut **
sesudu kecil lada hitam **
** utk sos putih

Cara-cara
1. Untuk membuat sos spegethi - panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah di cincang . Bawang telah garing, masukkan daging lembu atau ayam, keringkan air daging dan masukkan sos prego, rasa garam gula dan masukkan caret. last masukkan lada hitam dan serbuk oregano kering. siap . jika agak kering tambah sedikit air supaya ia ada berkuah sedikit kerana ia untuk melembutkan kepingan lagsana.
2. untuk membuat sos putih - panaskan mentega, masukkan tepung gandum kacau rata dan cepat, kecilkan api jika kuali terlalu panas, masukkan susu segar kacau sehingga pekat. masukkan lada hitam dan cheese parut. siap
3. untuk lapisan - rendam lagsana dlm air suam(agak2 dia lembut sedikit),susun lagsana di dalam bekas, masukkan sos spegethi, lapiskan lagi dengan sos putih,dan lapisan atas parutan cheese. ulang lagi langkah susun lagsana,kuah sos spegethi,sos putih dan parutan cheese sehingga selesai.
4. bakar selama 30 minit atau sehingga lagsana masak, cucuk dengan sudu garpu untuk mengetahui lagsana masak