Friday, July 16, 2010

Ikan masin masak lemak cili api + nenas

Salam,
Lauk untuk hari ini masak lemak cili api ikan masin campur nenas dan untuk anak-anak plak udang paprik tak pedas.....dan lauk tambahan telur dadar (try masukkan mayo....sedap ).
ini adalah resepi ikan masin masak lemak cili api + nenas yg simple tak yah letak bawang2....mmg resepi org nogori...hehhee



Bahan-bahan
ikan masin kurau
santan 1 biji kelapa
sebatang serai
sekeping asam keping
suku biji nenas
5 - 6 biji cili padi kalau suka pedas boleh tambah lg *
seinci kunyit hidup lg sedap dr kunyit serbuk *

cara-cara
1. Kisar halus bahan bertanda *.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar, serta serai yang telah di ketuk. Masak di atas api sehingga mendidih. kacau supaya tidak pecah minyak.
3. agak2 5 minit selepas santan mendidih masukkan ikan kering dan asam keping. masak selama 5 minit dan masukkan nenas. setelah agak2 masak tutup api dan boleh di makan bersama nasi putih.

cuci mata.... udang paprik



No comments:

Post a Comment