Tuesday, July 20, 2010

Tahu poket


Dah lama tak makan tahu.....tapi bila masak tahu mesti goreng kosong begitu sahaja....bosan la plak kan....so cari punya cari resepi di internet terjumpa plak tahu poket ni....mudah saje dan sedap bagi peminat tahu apa lagi cuba la ....

Bahan-bahan
4 keping tahu
50 gm isi udang di cincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah di racik halus
2 helai daun ketumbar di hiris halus
2 sb telur (dlm stgh biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-cara
1. tahu di potong 2 kemudian korek tahu buat poket (mcm buat tahu sumbat). Isi tahu dikeluarkan dan jangan dibuang
2. hancurkan isi tahu tadi dengan sudu, campurkan semua bahan lain ke dalam tahu yang telah di hancurkan tadi gaul rata semua bahan.
3. sumbat kan bahan-bahan yang telah di gaul tadi ke dalam tahu. Siap mengisi tahu bolehla digoreng. goreng dengan minyak yang panas.
4. boleh hidangkan bersama sos

bahan- bahan sos
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 cawan air
1 sb tepung jagung [ bancuh dengan sedikit air]

cara-cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus
2. panaskan bahan cili sehingga mendidih. masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sedikit.
3. tutup api dan biarkan sejuk.

No comments:

Post a Comment