Wednesday, July 28, 2010

Rendang Ayam resepi ibu mertua ku



ni masak untuk budak opis...diaorg buat potluck...so org yg rajin masak mcm ai nie..nak bgn pagi2 mmg takut tak bangun kan....so nie la resepi yang senang di masak malam pagi tinggal hangat sikit...dah siap....mak mertua ai org nogori ...so dia guna cili api...memang pedas terangkatt....layannn....

Bahan-bahan
1 ekor ayam / 1 kg daging
segengam cili api- nak lg pedas byk gengam...hehehe
5 batang serai - mak mertua ai kata lg byk lagi sedap...
15 biji bawang merah - pun sama byk lg sodap...
3 biji bawang putih
seinci halia
seinci kunyit
stgh inci lengkuas
1 sudu ketumbar *
1 sudu jintan *
* sangaikan dan tumbuk halus
2 biji kelapa - ambik santannya
2 sudu besar kerisik
gula dan garam secukup rasa
1 helai Daun kunyit - untuk hiasan

Cara-cara
1. bersihkan ayam dan masukkan ke dalam kuali (senang utk mengacau).
2. kisar cili api, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas dan serai.
3. masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam.
4. masukkan juga ketumbar dan jintan yang telah di sangai dan di kisar ke dalam kuali juga.
5. hidupkan api dan masak sehingga air ayam dan rempah kering.
6. setelah kering, masukkan santan dan biarkan kering sedikit.
7. masukkan kerisik, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.
8. biarkan kering dan tutup api.
9. hiris daun kunyit untuk hiasan. siap untuk dimakan bersama nasi putih atau ketupat.

Friday, July 23, 2010

Pecel jawa



nak abiskan stok sayur punya pasal dlm fridge ....apa lg kan....buat aa pecel....org jawa memang terkenal la gan makanan nie...bahas lain rasanya rojak sayur kut.....hehehe...

Bahan-bahan

sayur kesukaan apa2 pun.....tp biasa org letak
* togeh, kacang panjang, pucuk ubi, ( semuanya di rebus dan di toskan),
* timun, sengkuang, (di potong memanjang)
* tempe, tahu, fishcake (di goreng dan di potong) utk tempe elok di potong dahulu sblm mengoreng....rangup lagi sedap...:D

bahan-bahan sos kacang

10 batang lada kering di rendam buang biji
stgh biji bawang besar
1 biji bawang putih
segengam kacang tanah di goreng
sesudu besar air asam jawa
1 sudu besar gula
garam secukup rasa.

cara-cara
1. goreng lada, bawang besar dan bawang putih . ada gak org letak belacan, kalau suka boleh la di goreng bersama.
2. blander semua bahan lada, bawang besar, bawang putih, kacang tanah, air asam jawa, gula, garam.
3. rasa sosnya... tambah gula, garam atau air asam jika rasanya tidak cukup.
4. siap utk di hidang bersama sayuran2 dan bahan2 di atas....

Tuesday, July 20, 2010

Tahu poket


Dah lama tak makan tahu.....tapi bila masak tahu mesti goreng kosong begitu sahaja....bosan la plak kan....so cari punya cari resepi di internet terjumpa plak tahu poket ni....mudah saje dan sedap bagi peminat tahu apa lagi cuba la ....

Bahan-bahan
4 keping tahu
50 gm isi udang di cincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah di racik halus
2 helai daun ketumbar di hiris halus
2 sb telur (dlm stgh biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-cara
1. tahu di potong 2 kemudian korek tahu buat poket (mcm buat tahu sumbat). Isi tahu dikeluarkan dan jangan dibuang
2. hancurkan isi tahu tadi dengan sudu, campurkan semua bahan lain ke dalam tahu yang telah di hancurkan tadi gaul rata semua bahan.
3. sumbat kan bahan-bahan yang telah di gaul tadi ke dalam tahu. Siap mengisi tahu bolehla digoreng. goreng dengan minyak yang panas.
4. boleh hidangkan bersama sos

bahan- bahan sos
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
1 cawan air
1 sb tepung jagung [ bancuh dengan sedikit air]

cara-cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus
2. panaskan bahan cili sehingga mendidih. masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sedikit.
3. tutup api dan biarkan sejuk.

Friday, July 16, 2010

Ikan masin masak lemak cili api + nenas

Salam,
Lauk untuk hari ini masak lemak cili api ikan masin campur nenas dan untuk anak-anak plak udang paprik tak pedas.....dan lauk tambahan telur dadar (try masukkan mayo....sedap ).
ini adalah resepi ikan masin masak lemak cili api + nenas yg simple tak yah letak bawang2....mmg resepi org nogori...hehhee



Bahan-bahan
ikan masin kurau
santan 1 biji kelapa
sebatang serai
sekeping asam keping
suku biji nenas
5 - 6 biji cili padi kalau suka pedas boleh tambah lg *
seinci kunyit hidup lg sedap dr kunyit serbuk *

cara-cara
1. Kisar halus bahan bertanda *.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan kisar, serta serai yang telah di ketuk. Masak di atas api sehingga mendidih. kacau supaya tidak pecah minyak.
3. agak2 5 minit selepas santan mendidih masukkan ikan kering dan asam keping. masak selama 5 minit dan masukkan nenas. setelah agak2 masak tutup api dan boleh di makan bersama nasi putih.

cuci mata.... udang paprik



Simple macaroni cheese



Salam,

Semalam terfikir-fikir apa la nak di makan utk mkn malam yang simple, mudah dan cepat....so nie la hasilnya......wahahah sedap gak la walaupun main campak2 ikut resepi sendiri.......

Bahan-bahan
2 gengam macaroni - direbus ,letak 2 sudu minyak dan garam
1 sudu besar tepung gandum
250 ml susu segar
mentega angaran 1 sudu
sikit stok ayam - saya guna kiub je..suku kiub
garam, serbuk lada hitam, oregano - agak2 je semua
beberapa ekor udang- buat rasa2 seafood
Cheese mozarella secukupnya

Cara-cara
1. panaskan mentega di dalam kuali, masukkan tepung dan kacau dengan api pelahan. setelah sebati masukkan susu dan stok ayam pula kacau sehingga pekat. masukkan bahan perasa garam, serbuk lada hitam,oregano dan udang.Boleh juga letak cheese sedikit di dalam sos putih ini.
2. masukkan macaroni yang siap direbus di dalam bekas. taburkan atas macaroni tadi sos yang di buat tadi di no 1.
3. tabur cheese di atas macaroni tersebut.
4. boleh la di bakar selama 10 minit.

Thursday, July 15, 2010

Roti Canai



Salam,
ini adalah resepi ringkas untuk membuat roti canai. Sedap di makan dengan kari daging kerisik...heheehhe

Bahan-bahan

300gm tepung gandum
segelas air *
2 sudu susu *
secubit garam *
2 sudu minyak masak
mentega secukupnya utk di sapu ke atas doh roti canai supaya tidak melekat antara 1 sama lain.

Cara-cara
1. Bahan bertanda * disatukan. Campuran tersebut boleh diagak-agak campuran susu dan garam sehingga air tu rasa lemak2 masin.
2. tuang air campuran susu dan garam ke dalam tepung dan uli sehingga benar2 lembut dan tidak melekit. Jika doh lembik boleh la di tambah lagi tepung.
3. masukkan minyak dan uli lagi sehingga sebati.
4. setelah siap bolehla dibulat-bulatkan kecil2 dan disapu mentega di doh tersebut sblm di canai.
5. canai doh satu-satu dan bolehla di goreng di kuali leper.
6. Siap dan boleh di hidang bersama kuah dal atau kari.

Monday, July 12, 2010

Kari daging Kerisik


salam,
ini adalah resepi kari yang paling mudah yang pernah saya jumpa...setelah beberapa kali fail bila masak kari....hehee...dan saya dapat resepi ini di salah satu blog masakan yang selalu saya kunjungi iaitu tiffinbiru. Jadi saya tak mahu kehilangan resepi ini jadi saya tulis di sini untuk simpanan saya.


Bahan-bahan
500 g daging batang pinang, dipotong kiub
2 biji kentang, jika suka boleh lebihkan, kupas dan belah 4 setiap biji, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap biji - saya tak letak pun
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair - agak2 ikut daging empuk je
250 ml pati santan
1/2 camca besar gula melaka - saya guna gula perang
3 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar kerisik
garam secukup rasa

Bahan Tumis
3 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan kisar halus
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah (nak pedas boleh tambah lagi)
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia

Cara-cara
1. Rempah kari dibancuh bersama bahan kisar halus, kacau rata. panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
2 Masukkan daging dan gaul rata, biar daging kecut sedikit dan masukkan kentang, gaul rata.Tuangkan santan cair, kacau dan besarkan api hingga mendidih, perlahankan dan biarkan hingga kentang dan daging empuk.
3. masukkan asam gelugor, kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan. Tuang pati santan, kacau lagi dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. hidangkan bersama nasi putih, roti,roti canai dan sebagainya.....

Sunday, July 11, 2010

Puding caramel



Bahan-bahannya

5 sudu besar gula pasir
5 ml susu (susu full cream pun ok)
5 biji telur

Cara-cara

1. Masak gula sehingga cair, perang sikit tutup api dan kacau sekejap.Masukkan gula ke dalam loyang(bekas).
2. Panaskan susu dan tutup api
3. Pukul telur dan masukkan susu tadi kacau rata.
4. Tapis adunan susu dan telur masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
5. Kukus selama 10 hingga 15 minit.
6. Siap dan boleh la di terbalikkan di atas pinggan hidangan......