Monday, October 17, 2011

macaroni cheese



Bahan-bahan

100 gm macaroni
250 ml susu segar
125 ml cream
cheese mozarella secukupnya (byk lg sedap)
udang (optional)
cendawan butang (optional)
garam
serbuk lada hitam/putih

cara-cara
1. rebus macaroni dalam 10 minit - separuh masak.
2. udang di gaul dengan garam , goreng dengan sedikit minyak masak, agak-agak masak masukkan cendawan butang. Masak sebentar dan matikan api.
3. satukan macaroni yang sudah direbus, susu segar dan cream , panaskan. setelah hampir kering masukkan udang dan cendawan yang digoreng tadi. perasakan dengan garam dan lada hitam. last sekali masukkan parutan cheese... gaul sehingga cheese mencair dan sebati.

boleh la di hidang panas-panas....sbb sejuk-sejuk akan rasa muak sedikit.

Saturday, October 1, 2011

Siput masak lemak cili api



Bahan-bahan

1 bungkus siput sedut
15 batang cili api*
1 inci kunyit *
( bahan bertanda * kisar halus)
1 biji kelapa (ambil santanya - mengikut byk mana kuahnya)
1 batang serai
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara
1. masukkan santan, lada dan kunyit dan serai yang telah dititik. panaskan dan tunggu hingga mendidih dan santan masak. Kacau supaya tidak pecah minyak.
2. agak-agak dalam 5 minit mendidih masukkan siput dan asam keping.jangan lupa garam secukup rasa. tunggu mendidih dan tutup api.

simple kan masak lemak nie tak yah bawang bagai...


Thursday, September 15, 2011

Marhaban Opis dan Mini Open House



Salam,
dah lama tak update blog nie.....huhuhu kemalasan melanda nie saje-saje mengaktifkan balik blog nie walaupun tak tau next update bila...kita cuci mata gan gambar di ambil semasa membuat marhaban untuk kawan-kawan Opis. semua hasil tangan akakkkk cuma sate jek kita order saje...siapa la nak mengipasss kannnn.....

Wednesday, July 20, 2011

Kek Lemon



Lama dah tak tulis apa-apa dalam blog nie.....nie baru aa rajin buat kek ambik gambau...huhuhu biasa lepas masak terus ngap jek....nie pun gambar ntah apa2 kan dan ngap dulu gak nie baru sibuk nak ambik gambar.....hahahah
apa-apa pun kita layan resepi dia.....sedap rasa lemon....

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )

  • 185gm butter-pada suhu bilik
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar parutan kulit limau
  • 3 biji telur-pukul sket
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula ( wat 1/4 cwn aje)
  • 1/4 cawan jus lemon

Cara-cara

  1. pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
  2. masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
  3. masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
  4. campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..

Saturday, June 4, 2011

Laksam



setelah sekian lama mengidam makan laksam...akhirnya terajin juga membuatnya. tak de la susah mana...eceh berlagak plak...hahah tp kecah aa dapur tu...lum kemas lg...huaagghh bab paling malas....mkn sedap la kan.... resepi nie cedok dari sumber internet...myresepi kalau tak silap. layan2 resepi ek kalau rajin leh buat lg.



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras - saya kurangkan 1 1/2 cawan
  • 1/2 cwn tpg gandum- letak 2 sudu besar je
  • 4cwn air suam - jadi 2 cawan je

  • bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

  • Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

  • cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Friday, May 27, 2011

Plain Vanilla Muffin



Salam, kali nie kita buat muffin plak. nak menghabiskan stok tepung yang hampir nak berkutu.....ye la dr raya tahun lepas...dah nak masuk raya thn nie...huhuhu....resepi simple dan buatnya pun mudah.

Bahan-bahan
250 gm mentega
3 biji telur gred A - tak tau aa kat rumah ada telur gred apa...bantai je la kan asal telur...
1 1/2 cawan tepung - dia guna cawan lerr plak....bantai cari cawan besar sbb mentega dia byk....
3/4 cawan gula - buat stgh cawan je so sesiapa yg tak suka manis leh kurangkan lg pun gula mahal
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan besar esen vanilla - huhuhu guna sesudu je...dah abis stok
kepingan badam *
strawbery jem * (optional)

Cara membuatnya

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Aturkan paper cup dalam tin muffin atau guna muffin cup jenis keras jika tiada tin muffin.
2. Putarkan mentega dengan gula sehingga putih. masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, sehingga habis. masukkan esen vanilla dan kacau rata.
4. Sudukan 3/4 dalam paper cup atau muffin cup tadi. lepas tu masukkan 1/2 sudu jem dan tabur badam keping.(akak tak baca betul-betul resepi dia...topupkan la lagi atas dia adunan tadi..huhu dah tak jadi cantik cam resepi asal...huhu pastu letak sikit plak tu jem dia....:)
5. Bakar dalam suhu 170C selama 25 minit sehingga masak.

Monday, May 16, 2011

Simply sinful cheesecake



Salam,

lama sungguh tidak update blog nie.....hai...masak terus makan je.....lagi pun masak simple-simple sangat...hari2 anak request mee kicap aka mee hailam gan behun sup....huhuh...kalau masak benda lain dia orang bukan nak makan.....buat penat badan je. Ni cuti lama dari sabtu hingga selasa dan dah tak de keje nak buat leh aa merajinkan diri baking cheesecake yg bahannya dah agak lama di beli dan di simpan sahaja....kita layan resepi yek...yg ntah bila akan mengulangi membuatnya...huhuhu . bahan-bahan dia simple dan buat dia pun tak susah...yg susahnya nak dtgkan mood R....hahahha

Bahan-bahan

A. cheese cake base

200 gm digestive biskut di kisar halus
3 sudu makan butter
2 sudu besar madu

B. cheese filling

500 gm cream cheese
1 tin kecil pekat manis - agak2 je saya letak....dlm 200 ml
150 gm cooking coklat - dicairkan terlebih dahulu
1 sudu kecil esin vanila
3 biji telur

Cara-cara
Utk Base - cairkan butter dan tuang ke dalam adunan biskut bersama madu. Gaul rata dan terapkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 170 degree selama 10 minit.

Utk filling dia -
1. pukul keju sehingga kembang, masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga sebati.
2. masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan campurkan esen vanila.
3. bagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di campur dengan coklat cair tadi gaul sebati.
4. tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi dan tuang berselang seli dengan adunan coklat. lorekkan. masak pada suhu 170 degree secara water bath selama 50-60 minit.

Saturday, April 2, 2011

Cream puff with custard cream segera



Assalamualaikum....

wah terajin plak kan....hari-hari masuk resepi.Resepi nie dah lama cari.....bahan-bahan pun dah beli awal-awal lg..tapi kerajinan dan tgk rupanya cam susah je....ha dah buat senang je rupanya serius ni...cuma tak cantik almaklumlah first time buat gigil pegang paiping tu....hehehe....supaya tak hilang resepinya kita simpan sini boleh buat rujukan bila rajin nak buat.....huhuhu

Bahan cream puff
50g butter
125ml air
1/3 camca teh garam
75g tepung gandum di ayak(sy tak ayak pun M byk..)
1 biji telur + 1 biji kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca esen vanila

Bahan custard cream -
( sy guna segera cari kat kedai kek mcm serbuk just buncuh gan air suam. tp kat sini saya tulis gak la cara buat custard cream mana tau rajin2 leh cuba yg nie)

1 kuning telur
150ml whiping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25gm gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanila

cara-cara membuatnya

utk cream puff :
1. satukan air dan butter, jerang sehingga mentega cair.
2. masukkan garam dan tepung, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan kental dan tidak melekat di periuk. kalau takut terhangus ke masak dlm api kecik. Matikan api.
3. Alihkan adunan tepung td ke dlm mangkuk pemutar. Bila adunan suam , putar pada kelajuan pelahan dan masukkan telur dan esen vanila. putar sehingga sebati.
4. Alihkan bancuhan kedalam beg piping yg dipasang muncung bintang. Paipkan btk rosset berdiameter 2 inci di atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. buat hingga siap.
5. Bakar dlm oven yang dipanaskan pada suhu 200c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Sejukkan dan boleh la di belah dan diisi dengan curstard cream. Kalau nak cantik ayak la dengan gula halus di atas cream puff td.

utk curstard cream
1. satukan semua bahan-bahan utk curstard, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semuanya sebati.
2. Masak atas api kecil hingga panas.Masukkan keju dan terus mengacau hingga menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alihkan curstard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling untuk mengelakkan curstard tadi ber"kepala" (permukaan menjadi keras). siap..

Friday, April 1, 2011

curry puff



salam,
Hari nie sarapan ala2 org putih..padahal boleh di kategorikan sebagai karipap jek....hehehe....nak senang kulit dia dah siap beli jenama kawanku.
ok la kan baru belaja buat inti kentang daging, cari2 kat internet...cari resepi yang paling simple.

Bahan inti
2 biji kentang di potong dadu
100 g daging hancur (agak2 je la)
1/2 bawang besar di dadu
daun sup (tak letak sbb tak de kalau letak wangi jek)

rempah tumis
1 biji bawang besar *
2 biji bawang putih *
1 inci halia *
* tumbuk atau kisar bahan bertanda *
3 sudu serbuk kari
- campur bahan tumbuk dan serbuk kari serta sedikit air utk pes

cara :
tumis rempah tumis hingga naik bau dan agak garing. Masukkan daging, kentang serta air(agak2 je air ni) sehingga kentang dan daging empuk. Agak2 sudah empuk dan kering bolehla masukkan bawang didadu dan daun sp pun di cincang halus. perasakan dengan garam dan sedikit gula ikut citarasa masing-masing.

untuk sediakan puff dia ambil sekeping puff kawanku canai sehingga lembut dan mengikut ketebalan mana nak puff tu, letak inti dan lipat 2. utk jadi cam karipap just tekan gan garpu kelilingnya, lorek dengan pisau dibhgn atas dan sapu telur kuning.
Bakar dalam suhu 175 darjah selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Monday, March 14, 2011

Lemon rosmary chiken



Lama dah tak update masakan.....Memang tgh M...semua M....nie pun dah lama buat cuma baru upload....gambar pun ala kadar je kan...tp yg pasti sedap....:D

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (jgn potong / jgn buang kulit)
5 biji bwg putih (kalau suka lebih boleh tambah lg...)
3 sudu lada hitam (biji)
3 sudu rosemary (dried - ada jual kat kedai) - tp saya guna fresh...jumpa kat pasaraya apa lg la sapu.
3 sudu butter (belasah planta soft pun boleh)
1 biji lemon

cara :

1. Rebus lemon sampai lembut.
2. Sementara tu, tumbuk bwg putih + lada hitam + rosemary.
3. Campurkan bahan2 tu dgn butter + garam + gula (sikitttt jer tau)
4. Lumur2kan pada ayam. mcm biasala...dlm perut, celah kulit tu semua...
5. Last sekali, cucuk2 lemon tu kasi keluar jus dia...masukkan dlm perut ayam.

6. Marinate overnite.

7. Bakar pada suhu 200'C utk 1 jam atau sehingga masak.

Sunday, March 6, 2011

Bingka Labu


Salam,
Teringin sangat makan labu masak lemak, beli la sebiji labu dan hasilnya ......semua jadi dah labu sebiji dibelinya mana tak jadi macam-macam makanan...nie cari2 resepi dlm internet jumpa plak bingka labu....try lerr membuatnya...mmg sedap..tak manis sgt...habis la riwayat sebiji labu...dr nak mkn labu masak lemak jadi pengat labu.....jadi bingka labu....pengat gan masak lemak tak yah la nak letak sini kan...kacang je masak dia...bingka nie kena letak kang lupa plak....mcm biasa la ai cari kat tiffinbiru.blogspot. layan2 sedap mkn kerak dia....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga hancur
500 ml santan
5 biji telur gred B
200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh garam
Bijan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, bila lebih sedikit supaya senang dikeluarkan nanti. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan di atas kecuali labu lecek, bijan dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga gula hancur, tapi adunan tadi. Masukkan labu lecek dan esen vanilla, kacau rata.
  3. Tuang dalam tin tadi dan taburkan bijan rata. Bakar selama 45 - 50 minit hingga permukaan kelihatan sedikit berkerak. Bila masak, keluarkan dari oven dan biar sekejap, kemudian boleh tarik keluar dari tin. Sejukkan sebelum dipotong...

Tuesday, February 8, 2011

Blueberry Cheese Tart


Salam,

penat gak buat cheese tart nie walaupun tak byk mana dpt...nie la kalau rajin semua benda nak buat....walaupun rupanya tak berapa cantik tp hasilnya tak mengeciwakan....hehehe....bawah nie ada resepi kalau sesiapa nak mencuba....sila...sila....

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
  • 240 gm tepung gandum

  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.

Wednesday, January 26, 2011

Muffin Pisang



Ni kes sayang pisang tak di makan.....apa lg search2 resepi kek pisang...terjumpa la yg simple dan bahan kat rumah pun ada, apa lg kan....credit kat tiffinbiru.....mmg menjadi la kalau ikut resepi dia...:D

Bahan-bahan

4 biji telur gred "A" - saya kurangkan 1...jadi 3 biji je la...jimat telur mahal....:D
100 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 g tepung protein rendah - saya guna tepung kek ( guna tepung gandum pun ok tp kena tambah 1/2 camca teh baking powder).
85 g mentega , di cairkan dan dibiarkan sejuk
120 g pisang embun *
1/4 camca teh soda bicaronate * nie tak yah letak byk2....sbb akan jadi kek tak sedap
secubit garam * (bahan bertanda * dilecek hingga hancur)

Cara-cara

1. putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
2. Masukkan Pisang lecek, purat lagi dan akhir seklai masukkan mentega cair dan gaul rata.
3. isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau sehingga masak.

selamat mencuba...:D

Thursday, January 20, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake

hmmm dah lama tak menulis blog resepi nie.....tetiba nak share 1 resepi yg mmg sedappp banget.....cite byk pun tak guna...layannnn resepi nie.....opismate kasi....memula kasi rasa kek...pastu kasi resepi dia....



Bahan A

250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung

Bahan B

140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon

cara-cara
1. cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik souble boiler. Bila dah cair, sejukan adunan cheese cream td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati

2. dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar cream, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak)

3. campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan bahan B yang dah gebu dan kacau sampai sebati. Sediakan bekas pembakar yang bulat berukuran 8 inci. yang digriskan bawahnya & tepinya tu salut dgn kertas baking. tuang adunan kek ke dalam bekas pembakar tin.

4. Bakar kek dalam kira-kira 1 jam dengan cara bain-marie (waterbath) pada 160 degrees .