Monday, May 16, 2011

Simply sinful cheesecake



Salam,

lama sungguh tidak update blog nie.....hai...masak terus makan je.....lagi pun masak simple-simple sangat...hari2 anak request mee kicap aka mee hailam gan behun sup....huhuh...kalau masak benda lain dia orang bukan nak makan.....buat penat badan je. Ni cuti lama dari sabtu hingga selasa dan dah tak de keje nak buat leh aa merajinkan diri baking cheesecake yg bahannya dah agak lama di beli dan di simpan sahaja....kita layan resepi yek...yg ntah bila akan mengulangi membuatnya...huhuhu . bahan-bahan dia simple dan buat dia pun tak susah...yg susahnya nak dtgkan mood R....hahahha

Bahan-bahan

A. cheese cake base

200 gm digestive biskut di kisar halus
3 sudu makan butter
2 sudu besar madu

B. cheese filling

500 gm cream cheese
1 tin kecil pekat manis - agak2 je saya letak....dlm 200 ml
150 gm cooking coklat - dicairkan terlebih dahulu
1 sudu kecil esin vanila
3 biji telur

Cara-cara
Utk Base - cairkan butter dan tuang ke dalam adunan biskut bersama madu. Gaul rata dan terapkan dalam loyang. Bakar dalam suhu 170 degree selama 10 minit.

Utk filling dia -
1. pukul keju sehingga kembang, masukkan susu pekat manis dan pukul lagi sehingga sebati.
2. masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dan campurkan esen vanila.
3. bagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di campur dengan coklat cair tadi gaul sebati.
4. tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi dan tuang berselang seli dengan adunan coklat. lorekkan. masak pada suhu 170 degree secara water bath selama 50-60 minit.

2 comments:

  1. uitss...ni memang tak de letak tepung jagung sket ke apa ker? aku tang melorek memang tak pandai..ajar aku..heheheheeh

    ReplyDelete
  2. hehehe senang je la hati cantik....dah selangselikan adunan tu...last sekali ko ambik lidi ke atau apa2 yg panjang ko tarik2 jek la...hahaha ikut suka...cam aku aku lorek cam potong kek.....

    ReplyDelete