Tuesday, August 14, 2012

Rendang Negeri - Langkah demi langkah

Sempena bulan syawal yang akan menjelma nie tentu ada yang tercari-cari resepi rendang . Disini aku ingin berkongsi rendang negeri sembilan dan cara membuatnya. Apa bezanya dengan rendang negeri lain....selain menggunakan santan yg banyak dia juga menggunakan cili api....ambik ko mmg berasap...tapi sodappp.....lagi-lagi makan dengan lemang....lain kali bila rajin step by step lomang nogori plak. Memang tak moh berhenti makan gan rendang nie.....hehehe

Bahan-bahan :

 3kg daging
10 batang serai
2 inci halia
2 inci kunyit
seinci lengkuas
segenggam cili api - boleh kurangkan atau tambah jika mau kurang pedas atau pedas.
20 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 sudu ketumbar & jintan manis ( disangai dan di kisar halus)
3 sudu kerisik (kelapa parut di sangai dan di kisar halus)
6 biji kelapa (ambil santannya sahaja)

Langkah demi langkah :

 Langkah 1 : hiris daging mengikut size yang dikehendaki.

Langkah 2 : hiris bawang merah dan putih
Langkah 3 : serai,lengkuas,halia,kunyit dan chili padi di kisar halus

 Langkah 4 : Campurkan semua daging , bawang hiris, bahan kisar , ketumbar dan jintan manis.

 Langkah 5 : Gaul sebati dan hidupkan api. Masak sehingga kering air dagingnya.

 
 Langkah 6 : Setelah kering masukkan kesemua santan dan gaul sebati. masak lagi sehingga kering. jangan    lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah hampir-hampir kering masukan pula kerisik. Setelah agak-agak kering boleh la rasa dan matikan api. Siappp rendang nogori nie.

 Hasilnya........






Monday, October 17, 2011

macaroni cheese



Bahan-bahan

100 gm macaroni
250 ml susu segar
125 ml cream
cheese mozarella secukupnya (byk lg sedap)
udang (optional)
cendawan butang (optional)
garam
serbuk lada hitam/putih

cara-cara
1. rebus macaroni dalam 10 minit - separuh masak.
2. udang di gaul dengan garam , goreng dengan sedikit minyak masak, agak-agak masak masukkan cendawan butang. Masak sebentar dan matikan api.
3. satukan macaroni yang sudah direbus, susu segar dan cream , panaskan. setelah hampir kering masukkan udang dan cendawan yang digoreng tadi. perasakan dengan garam dan lada hitam. last sekali masukkan parutan cheese... gaul sehingga cheese mencair dan sebati.

boleh la di hidang panas-panas....sbb sejuk-sejuk akan rasa muak sedikit.

Saturday, October 1, 2011

Siput masak lemak cili api



Bahan-bahan

1 bungkus siput sedut
15 batang cili api*
1 inci kunyit *
( bahan bertanda * kisar halus)
1 biji kelapa (ambil santanya - mengikut byk mana kuahnya)
1 batang serai
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara-cara
1. masukkan santan, lada dan kunyit dan serai yang telah dititik. panaskan dan tunggu hingga mendidih dan santan masak. Kacau supaya tidak pecah minyak.
2. agak-agak dalam 5 minit mendidih masukkan siput dan asam keping.jangan lupa garam secukup rasa. tunggu mendidih dan tutup api.

simple kan masak lemak nie tak yah bawang bagai...


Thursday, September 15, 2011

Marhaban Opis dan Mini Open House



Salam,
dah lama tak update blog nie.....huhuhu kemalasan melanda nie saje-saje mengaktifkan balik blog nie walaupun tak tau next update bila...kita cuci mata gan gambar di ambil semasa membuat marhaban untuk kawan-kawan Opis. semua hasil tangan akakkkk cuma sate jek kita order saje...siapa la nak mengipasss kannnn.....

Wednesday, July 20, 2011

Kek Lemon



Lama dah tak tulis apa-apa dalam blog nie.....nie baru aa rajin buat kek ambik gambau...huhuhu biasa lepas masak terus ngap jek....nie pun gambar ntah apa2 kan dan ngap dulu gak nie baru sibuk nak ambik gambar.....hahahah
apa-apa pun kita layan resepi dia.....sedap rasa lemon....

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )

  • 185gm butter-pada suhu bilik
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sudu besar parutan kulit limau
  • 3 biji telur-pukul sket
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan gula ( wat 1/4 cwn aje)
  • 1/4 cawan jus lemon

Cara-cara

  1. pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
  2. masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
  3. masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
  4. campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..

Saturday, June 4, 2011

Laksam



setelah sekian lama mengidam makan laksam...akhirnya terajin juga membuatnya. tak de la susah mana...eceh berlagak plak...hahah tp kecah aa dapur tu...lum kemas lg...huaagghh bab paling malas....mkn sedap la kan.... resepi nie cedok dari sumber internet...myresepi kalau tak silap. layan2 resepi ek kalau rajin leh buat lg.



Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras - saya kurangkan 1 1/2 cawan
  • 1/2 cwn tpg gandum- letak 2 sudu besar je
  • 4cwn air suam - jadi 2 cawan je

  • bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula

  • Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

  • cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

Friday, May 27, 2011

Plain Vanilla Muffin



Salam, kali nie kita buat muffin plak. nak menghabiskan stok tepung yang hampir nak berkutu.....ye la dr raya tahun lepas...dah nak masuk raya thn nie...huhuhu....resepi simple dan buatnya pun mudah.

Bahan-bahan
250 gm mentega
3 biji telur gred A - tak tau aa kat rumah ada telur gred apa...bantai je la kan asal telur...
1 1/2 cawan tepung - dia guna cawan lerr plak....bantai cari cawan besar sbb mentega dia byk....
3/4 cawan gula - buat stgh cawan je so sesiapa yg tak suka manis leh kurangkan lg pun gula mahal
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan besar esen vanilla - huhuhu guna sesudu je...dah abis stok
kepingan badam *
strawbery jem * (optional)

Cara membuatnya

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Aturkan paper cup dalam tin muffin atau guna muffin cup jenis keras jika tiada tin muffin.
2. Putarkan mentega dengan gula sehingga putih. masukkan telur satu persatu sambil terus memutar sehingga kembang.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu, sehingga habis. masukkan esen vanilla dan kacau rata.
4. Sudukan 3/4 dalam paper cup atau muffin cup tadi. lepas tu masukkan 1/2 sudu jem dan tabur badam keping.(akak tak baca betul-betul resepi dia...topupkan la lagi atas dia adunan tadi..huhu dah tak jadi cantik cam resepi asal...huhu pastu letak sikit plak tu jem dia....:)
5. Bakar dalam suhu 170C selama 25 minit sehingga masak.