Tuesday, February 5, 2013
KACANG POOL
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa
Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis
Sunday, February 3, 2013
Donut
- 2 sk yis mauripan
- 1/4 cawan air suam
- 1sk gula
- 3 cwn Tepung gandum
- 4 sb gula
- 1/2 sk garam
- 2 sb susu tepung
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air - kurang lebih
- 2- 21/2 sb butter / marjerin
Cara2:
- Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
- Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
- Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
- Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
- Sedia dinikmati.
Monday, December 24, 2012
Scones
Sarapan hari ini....scone ke stone...hahaha salah teknik kut...sbb dlm resepi suh uli pakai sudu...aku uli pakai tgn...dah jadi cam biskut....tp sodap gak la rangup2 gitu...tak rapuh cam mkn kat cameron.....lain kali buat kacau pakai sudu la yek....
BAHAN-BAHANNYA :
2 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder + 1 sudu teh garam **AYAK BERSAMA**
100 gm mentega *beku dan potong dadu
3 sudu besar gula castor
150 ml susu segar
CARA :
Campurkan mentega dan *BAHAN AYAK* dan dengan menggunakan hujung jari gaul rata sehingga menjadi serbuk.
Masukkan gula castor dan gaul rata.
Lubangkan di tengahnya dan tuangkan susu segar, sedikit demi sedikit sambil mengacau dengan sudu.
Setelah sebati. **JANGAN DI ULI, SEKADAR MENJADIKAN IA SEBUKU DOH* dahh... 
Leperkan adunan dengan menggunakan jari setebal 2 cm tebal. Tekap bulat-bulat dan bakar pada suhu 200 darjah selama 20 - 25 minit atau sehingga keemasan.....
Tuesday, December 18, 2012
Pancake aka lempeng
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 biji telur
- 1 cawan susu segar
- 3 sb gula
- 1 sb minyak
Cara-cara
- Satukan tepung gandum dan baking powder
- Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati
- Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
- Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar.
Thursday, November 8, 2012
Choc-Cheese Muffin
Bahan-Bahannya :-)
140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)
Cara membuatnya :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
- Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
- Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
- Masukkan Coklat, cream cheese dan mentega yang telah di cairkan.
- Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....
Friday, November 2, 2012
Roti doh Asas
heheh tak menarikan...hanguis sedikit.... tak tau control api oven dan first time buat roti nie. tapi yang pasti rotinya lembut dan sedap. Hangus tu pun tak rasa pahit.....
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)
Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.
5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.
- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.
Walla roti tadi jadi beger suda.....
Sunday, October 14, 2012
Coklat Lava Kek
Bahan-bahan
Bekas muffin
5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar gula pasir halus.. gula kastor pun boleh..
2 biji telor ayam ( di ambik kuning dan putih telor ) + 1 biji kuning telor saje..
3.5 oz @ secawan kecik dark coklat masak
1 sudu teh esen vanilla/ 1 penutup esen vanilla dan jugak secubit garam
Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik ( cairkan dengan kaedah double boiler atau microwave)
3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh.
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam (aku tak letak pun...huhuh)
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..
9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 celsius(respi asal letak 160 celsius)(.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..
* sebenarnya gambar di bawah nie first time buat dan tak berapa menjadi. salahnya terlebih butter dan masak dlm suhu yg tidak berapa panas. kali kedua buat suhu oven dinaikkan kpd 200 celsius dan kurangkan butter baru menjadi tapi tak sempat ambik gambar habis suda.....

Subscribe to:
Posts (Atom)