Hujung minggu yang tiada aktiviti luar, kita menambah lagi kalori yang ada heee tapi sebab sedap, tolak la kalori tinggi ke kan....buat coklat lava nie tak la susah mana, boleh jimat 8 hinggit dari makan kat secret resepi dan puas pulak tu makan, rasa pun lebih kurang jek cuma kita buat leh la kurangkan manis tu. Kali nie try resepi lain pula, tapi kaedah dan cara masih sama cuma kuantiti je di tukar.

BAHAN BAHAN
(4 bekas - bergantung pada saiz)
150g dark chocolate - di potong kecil
70g unsalted butter
secubit garam - tak letak pun....hahaha
3 biji telur
1/2 cawan gula - kurangkan jadi 1/4 cawan....tak la manis sgt.
1/4 cawan tepung kek/tepung gandum - ayak - guna tepung kek dia lg lembut dan naik sedikit
1 sudu kecil vanilla essence - tak ubuh pun tak de dlm stok
CARA CARA
Panaskan oven 200c.
1. Didalam mangkuk besi/kaca, letakkan coklat yg dipotong kecil
kedalamnya. Kemudian, letakkan mangkuk diatas periuk berisi air sedikit
didalamnya (water bath). Hidupkan api dan kacau coklat sehingga cair.
Kemudian, masukkan butter dan secubit garam. Kacau sehingga butter cair.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putar sehingga gebu
dan pucat. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan
coklat tadi kedalamnya sedikit semi sedikit dan teruskan mengacau adunan
untuk mengelakkan telur berketul (masak). Setelah itu, masukkan tepung
dan gunakan spatula untuk kaup balik adunan. Masukkan adunan kedalam
bekas ceramik (remiken) atau bekas2 yg sesuai yang telah di gris dengan
butter.
3. Bakar selama 12-15 minit.saya bakar selama 15 minit. Bergantung pada oven. Boleh makan bersama ice cream vanilla kalau ada.
p/s : sedap dimakan suam2. Jika cake dah sejuk, boleh panaskan guna microwave sekejap.
No comments:
Post a Comment