Saturday, February 22, 2014

Roti burger



Bahan-bahan
300 gram tepung high protein atau  tepung roti
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk gliss pd roti
2 sudu besar marjerin atau mentega
160 ml susu segar
1 sudu kecil softener

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ~ kilat nnt roti tu

Cara-cara
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

Jika ingin buat roti burger, bulatkan seperti bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 15  minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

tada...ni la hasilnya....tak de cheese aa plak...tp layan je kan...

Wednesday, June 5, 2013

HomeMade mee Kuning

Assalamualaikum.

Kali nie aku try buat mee kuning , ha menjadi ala-ala me kuning la jugak...cuma tak cantik sebab tak ada mesin mee tu. potong pakai pisau jek...so jadi la kecik beso kecik beso dah cam kueh tiau halus dah....

ok nie dia resepi untuk digunakan bila rajin menjelma lagi dan kali ke 2 buat sure dah ada mesin mee tu.


Bahan-bahan (akan jadi setgh kilo mee)

250 g tepung gandum
1 biji telur
50ml air
secubit garam
secubit kunyit kalau nak kuning, aku tak letak pun...

Cara-cara

1. Masukkan tepung dan telur uli, masukkan sedikit-sedikit air, kalau dah agak-agak cam doh tu ok la tak yah letak air lagi.
2. gelek kan doh ke mesin mee aka mesin karipap, leperkan dulu, agak-agak tebal mana kita nak baru la mesin ke mesin mee.
3. rebus air, lepas mendidih masukkan mee mentah kita tadi, agak-agak 5 minit angkat dan alirkan ke air sejuk. Last sekali gaulkan dengan minyak sayur atau apa-apa minyak masak, siap. Boleh di buat mee goreng, mee bandung , mee hailam , mee sup ke apa-apa mee la kita nak makan kan. ala-ala sihat .hee

heee mee bandung suda....yummy


Sunday, June 2, 2013

kek coklat lava


Hujung minggu yang tiada aktiviti luar, kita menambah lagi kalori yang ada heee tapi sebab sedap, tolak la kalori tinggi ke kan....buat coklat lava nie tak la susah mana, boleh jimat 8 hinggit dari makan kat secret resepi dan puas pulak tu makan, rasa pun lebih kurang jek cuma kita buat leh la kurangkan manis tu. Kali nie try resepi lain pula, tapi kaedah dan cara masih sama cuma kuantiti je di tukar.


BAHAN BAHAN
(4 bekas - bergantung pada saiz)

150g dark chocolate - di potong kecil
70g unsalted butter
secubit garam - tak letak pun....hahaha
3 biji telur
1/2 cawan gula - kurangkan jadi 1/4 cawan....tak la manis sgt.
1/4 cawan tepung kek/tepung gandum - ayak - guna tepung kek dia lg lembut dan naik sedikit
1 sudu kecil vanilla essence - tak ubuh pun tak de dlm stok

CARA CARA
Panaskan oven 200c.
1. Didalam mangkuk besi/kaca, letakkan coklat yg dipotong kecil kedalamnya. Kemudian, letakkan mangkuk diatas periuk berisi air sedikit didalamnya (water bath). Hidupkan api dan kacau coklat sehingga cair. Kemudian, masukkan butter dan secubit garam. Kacau sehingga butter cair.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putar sehingga gebu dan pucat. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan coklat tadi kedalamnya sedikit semi sedikit dan teruskan mengacau adunan untuk mengelakkan telur berketul (masak). Setelah itu, masukkan tepung dan gunakan spatula untuk kaup balik adunan. Masukkan adunan kedalam bekas ceramik (remiken) atau bekas2 yg sesuai yang telah di gris dengan butter. 
3. Bakar selama 12-15 minit.saya bakar selama 15 minit. Bergantung pada oven. Boleh makan bersama ice cream vanilla kalau ada.
p/s : sedap dimakan suam2. Jika cake dah sejuk, boleh panaskan guna microwave sekejap.

Friday, May 31, 2013

sushi in the house

Assalamualaikum....

Kita layan shusi plak...walaupun tak sesedap kat kedai tapi boleh la nak makan banyak dan kenyang. buatnya tak susah pun . Lagi pun inilah kegemaran anak bujang saya.

Bahan-bahan nasi

2 cup beras sushi (pendek-pendek dan gumuk-gumuk)*
2 1/2 cawan air ( ukuran masak beras) *
* masak seperti masak nasi biasa.
2 sb cuka beras**
2 sb gula**
secubit garam**
** campurkan dan larutkan gula dan garam

Cara-cara
masukkan nasi yang telah di masak ke dalam bekas kayu atau plastik. masukkan campuran cuka beras, gula dan garam. Gaul sebati ketepikan biar sejuk.

Bahan-bahan isi (ni boleh ubuh apa-apa yang disukai)

seaweed secukupnya
1 batang timun jepun (potong panjang-panjang)
crabstik secukupnya
tuna mayonis ( beli yg siap tu sonang je kan)

Cara-cara untuk mengulung sushi

Alaskan dengan buluh gulung (tak tau nama apa)
ambil sehelai seaweed, ratakan nasi keatasnya dan letak bahan-bahan isi seperti timun, crabstik dan tuna, gulung semuanya sambil tekan-tekan dengan buluh gulung. dah agak-agak padat boleh potong mengikut kesesuain size.

siap la...agak-agak faham dok arahan di atas....heee tak pe la yang penting puas hati gan hasil sushi ku tu...

Tuesday, May 21, 2013

HOKKAIDO MILKY LOAF


Salam,
Setelah ada BM nie rajin la buat roti. Roti nie sedap tak tipu dah 2 kali buat dalam kuantiti separuh dari ukuran bahan-bahan dia.Boleh di makan dengan apa sahaja, memula buat makan gan kacang faul...kali ke 2 buat makan gan sup mushroom plak....

Bahan-bahan.
540 gm Bread flour
60 gm Cake flour
10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar
9 gm Salt
1 large Egg
250 gm Fresh milk
150 gm Whipping cream

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved.
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.


Thursday, May 16, 2013

Kek lemon versi 2

Assalamualaikum.....

Lama tak update blog nie....sementara rajin dan ada masa nie, rajinla update resepi lemon nie, dulu dah ada buat tapi resepi lain sikit kat bahan dia ada tambahan susu tepung dan tepung kastard. Masa taip nie kek tengah di bakar....so tak tau aa tambah bahan tu akan jadi lebih lembut ke apa...nanti ai update ye tapi dari sumber resepi nie...hantu pun suka...heee seram gak tu...

Hasilnya...nampak gebu..bau dia toksah cakap la kan.....panas-panas makan siap gan air kopi lagi .....jemput makan...:D



Bahan-bahannya
150gm tepung naik sendiri(self raising flour)
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp susu tepung-ambik sikit susu anak.....
150gm butter
100 gm gula castor-
sesudu susu pekat manis
3 butir telur
1 bji lemon ambik jusnya dan parutan kulit lemon
sedikit essen limau.

Cara membuatnya

Putar butter ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Selepas adunan tadi kembang, masukkan sedikit demi sedikit tepung naik sendiri, putar ngan kelajuan tahap 1, last sekali masukkan susu pekat, lemon jus ngan parutan kulit lemon, sambil memutar secara perlahan.

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 175 darjah celcius........
lengserkan acuan ngan majerin - tak buat pun alas gan kertas minyak je
Bakar selama 40 minit.......

Tuesday, February 5, 2013

KACANG POOL



1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis