Sunday, October 14, 2012

Coklat Lava Kek

Bahan-bahan


 Bekas muffin
 5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)
 1 sudu besar serbuk koko
 3 sudu besar tepung gandum
 3 sudu besar gula pasir halus.. gula kastor pun boleh..
2 biji telor ayam ( di ambik kuning dan putih telor ) + 1 biji kuning telor saje..
3.5 oz @ secawan kecik dark coklat masak
1 sudu teh esen vanilla/ 1 penutup esen vanilla dan jugak secubit garam

Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik ( cairkan dengan kaedah double boiler atau microwave)
3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh.
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam (aku tak letak pun...huhuh)
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..
9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 celsius(respi asal letak 160 celsius)(.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

* sebenarnya gambar di bawah nie first time buat dan tak berapa menjadi. salahnya terlebih butter dan masak dlm suhu yg tidak berapa panas. kali kedua buat suhu oven dinaikkan kpd 200 celsius dan kurangkan butter baru menjadi tapi tak sempat ambik gambar habis suda.....
 

No comments:

Post a Comment