Sunday, September 5, 2010

Almond London

Satu lagi biskut raya yang mesti di buat setiap tahun kerana my hubby and my dauther mmg pengemar choklat tegar. Gambar pun tak ambik lg..letih lepas siap membaking terus lepak2...hehehe...resepi nie saya baru cuba dari bloger tiffinbiru. Sebelum nie resepi lain yg ntah kemana hilangnya.....daripada hilang lg saya simpan di sini....:D

Bahan-bahan
125 gm butter
75 g aising sugar
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g Tepung Gandum
1 camca teh emplex ( di satukan bersama tepung dan di ayak)
355 g badam berkulit, di panggang atau di goreng...senang masuk oven kasi bakar selama 5 minit.

Bahan-bahan hiasan
300 g coklat masakan
1/2 camca besar lemak sayur- saya guna butter je
badam cincang secukupnya utk ditabur di atas biskut
paper cup secukupnya

Cara-cara
1. Satukan mentega dan gula, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan vanilla, terus pukul hingga berkrim.
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. ambil sedikit doh dan letak sebiji badam. buat sehinnga habis dan bakar pada suhu 200C selama 12 minit ( dlm resepi asal 150C selama 12 minit- maybe oven lain2 tu yg saya kena 200C selama 12 minit).
3. Cairkan cokelat secara double boiler (letak mangkuk tahan panas berisi cokelat masakan diatas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan butter dan kacau rata.
4. ambil sebiji biskut yang botak tadi masukkan ke dalam paper cup dan sudukan coklat cair hingga menutupi biskut. taburkan badam cincang dan susun di dalam bekas.

No comments:

Post a Comment