Wednesday, June 5, 2013

HomeMade mee Kuning

Assalamualaikum.

Kali nie aku try buat mee kuning , ha menjadi ala-ala me kuning la jugak...cuma tak cantik sebab tak ada mesin mee tu. potong pakai pisau jek...so jadi la kecik beso kecik beso dah cam kueh tiau halus dah....

ok nie dia resepi untuk digunakan bila rajin menjelma lagi dan kali ke 2 buat sure dah ada mesin mee tu.


Bahan-bahan (akan jadi setgh kilo mee)

250 g tepung gandum
1 biji telur
50ml air
secubit garam
secubit kunyit kalau nak kuning, aku tak letak pun...

Cara-cara

1. Masukkan tepung dan telur uli, masukkan sedikit-sedikit air, kalau dah agak-agak cam doh tu ok la tak yah letak air lagi.
2. gelek kan doh ke mesin mee aka mesin karipap, leperkan dulu, agak-agak tebal mana kita nak baru la mesin ke mesin mee.
3. rebus air, lepas mendidih masukkan mee mentah kita tadi, agak-agak 5 minit angkat dan alirkan ke air sejuk. Last sekali gaulkan dengan minyak sayur atau apa-apa minyak masak, siap. Boleh di buat mee goreng, mee bandung , mee hailam , mee sup ke apa-apa mee la kita nak makan kan. ala-ala sihat .hee

heee mee bandung suda....yummy


Sunday, June 2, 2013

kek coklat lava


Hujung minggu yang tiada aktiviti luar, kita menambah lagi kalori yang ada heee tapi sebab sedap, tolak la kalori tinggi ke kan....buat coklat lava nie tak la susah mana, boleh jimat 8 hinggit dari makan kat secret resepi dan puas pulak tu makan, rasa pun lebih kurang jek cuma kita buat leh la kurangkan manis tu. Kali nie try resepi lain pula, tapi kaedah dan cara masih sama cuma kuantiti je di tukar.


BAHAN BAHAN
(4 bekas - bergantung pada saiz)

150g dark chocolate - di potong kecil
70g unsalted butter
secubit garam - tak letak pun....hahaha
3 biji telur
1/2 cawan gula - kurangkan jadi 1/4 cawan....tak la manis sgt.
1/4 cawan tepung kek/tepung gandum - ayak - guna tepung kek dia lg lembut dan naik sedikit
1 sudu kecil vanilla essence - tak ubuh pun tak de dlm stok

CARA CARA
Panaskan oven 200c.
1. Didalam mangkuk besi/kaca, letakkan coklat yg dipotong kecil kedalamnya. Kemudian, letakkan mangkuk diatas periuk berisi air sedikit didalamnya (water bath). Hidupkan api dan kacau coklat sehingga cair. Kemudian, masukkan butter dan secubit garam. Kacau sehingga butter cair.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putar sehingga gebu dan pucat. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan coklat tadi kedalamnya sedikit semi sedikit dan teruskan mengacau adunan untuk mengelakkan telur berketul (masak). Setelah itu, masukkan tepung dan gunakan spatula untuk kaup balik adunan. Masukkan adunan kedalam bekas ceramik (remiken) atau bekas2 yg sesuai yang telah di gris dengan butter. 
3. Bakar selama 12-15 minit.saya bakar selama 15 minit. Bergantung pada oven. Boleh makan bersama ice cream vanilla kalau ada.
p/s : sedap dimakan suam2. Jika cake dah sejuk, boleh panaskan guna microwave sekejap.