Thursday, November 8, 2012

Choc-Cheese Muffin





Bahan-Bahannya :-)

140 g coklat masakan, dipotong kecil
100 g cream cheese
80 g mentega
2 biji telur gred A*
1 camca teh esen vanilla*(*dicampur dan pukul rata dgn garfu)
60 g gula halus
100 g tepung gandum*
2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
Sedikit kepingan badam utk hiasan (optional)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Masukkan coklat masakan, cream cheese dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan dengan cara "double-boiler" (dengan meletak mangkuk yang berisi bahan2 tadi di atas air mendidih), kacau hingga semua cair dan sebati. Angkat.
  3. Masukkna gula dan telur, kacau menggunakan whisk (kalau benda ni tak de juga, boleh guna senduk) hingga sebati.
  4. Masukkan Coklat, cream cheese dan mentega yang telah di cairkan.
  5. Masukkan tepung dan gaul hingga rata dan mesra. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 3/4 penuh, tabur dengan sedikit kepingan badam. Buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.....

Friday, November 2, 2012

Roti doh Asas

heheh tak menarikan...hanguis sedikit.... tak tau control api oven dan first time buat roti nie. tapi yang pasti rotinya lembut dan sedap. Hangus tu pun tak rasa pahit.....

Bahan-bahannya
250 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2  besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) - ('tinggal kan sedikit untuk buat gliss pada roti nnt)
2 sudu besar  marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam

Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa titik madu ( kilat nnt roti tu)

Cara-caranya
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh. ( Jika Ade Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.

2) Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair. Selamt Mencuba.

- tips supaya bijan melekat pada roti, mula-mula gliss roti dengan telur dan tabur bijan, masa baki bakaran ade lebih kurang 10 minit, buka pintu oven dan spray roti tadi dengan air, InsyaAllah bijan tu akan lekat elok je atas roti nanti.



Walla roti tadi jadi beger suda.....