Sunday, October 14, 2012

Coklat Lava Kek

Bahan-bahan


 Bekas muffin
 5 sudu besar butter tanpa garam (unsalted butter)
 1 sudu besar serbuk koko
 3 sudu besar tepung gandum
 3 sudu besar gula pasir halus.. gula kastor pun boleh..
2 biji telor ayam ( di ambik kuning dan putih telor ) + 1 biji kuning telor saje..
3.5 oz @ secawan kecik dark coklat masak
1 sudu teh esen vanilla/ 1 penutup esen vanilla dan jugak secubit garam

Cara-cara
1. Masukkan gula kedalam kuning telor.. pukul sampai gula tu hancur.. boleh guna mixer @ whisker
2. campurkan dark coklat dgn unsalted butter td dlm satu mangkuk kecik ( cairkan dengan kaedah double boiler atau microwave)
3. Campurkan coklat yg di cairkan td ke dalam adunan telor.. kacau dgn menggunakan whisker / spatula.. senduk pun boleh.
4. bila dah sebati, masukkan esen vanilla pulak
5. kemudian masukkan secubit garam (aku tak letak pun...huhuh)
6. pastu baru masukkan serbuk koko.. kalau boleh sila ayak dulu..
7. Selepas tu baru masukkan tepung gandum.. ayak jugak.. gaul sebati..
9. Masukkan adunan ke dalam acuan yg dah di griss dgn butter terlebih dahulu..
10. simpan sekejap dlm peti ais (refrigerator) selama 30 minit atau 5 minit kalau simpan dlm freezer..
11. Sebelum di bakar, sila panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 200 celsius(respi asal letak 160 celsius)(.. masukkan acuan kedalam loyang yg berisi air panas.. bila oven dah panas baru masukkan adunan..
12. Bakar selama 15-18 minit je.. jgn lebih..

* sebenarnya gambar di bawah nie first time buat dan tak berapa menjadi. salahnya terlebih butter dan masak dlm suhu yg tidak berapa panas. kali kedua buat suhu oven dinaikkan kpd 200 celsius dan kurangkan butter baru menjadi tapi tak sempat ambik gambar habis suda.....
 

Thursday, October 11, 2012

Rainbow Cake


Kek Majerin

1 1/2 Cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin ( aku guna 250gm butter)
2 sdb susu pekat
1 sdt serbuk penaik
5 biji telur gred A
2 1/2 cawan tepung gandum

cara-cara
1. Pukul gula dan majerin sehingga kembang. Sebaiknya hingga gebu dan berwarna keputih-putihan.
2. Masukkan sebijik demi sebijik telur sambil di pukul rata.
3. Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
4. Kacau rata dengan spatula.
5. Bahagikan kepada 6 bahagian yang sama banyak ( jangan jadi cam kek diatas yek...pembahagian tak sama byk dah kaler coklat terlebih tebal.....dan lagi 1 kaler pun tak cukup jadi la rainbow kekurangan warna huhuhu )
6. Tambah warna yang disukai. Seeloknya gunakan gel supaya mendapat warna yang lebih terang dan cantik.
7. Sapukan loyang pembakar dengan majerin dan taburkan sedikit tepung  ( tak buat pun just letak kertas minyak supaya senang ditanggalkan kek dari loyang).
8. Bakar kek selama 15 minit pada suhu 180 celcius. Ulang sehingga kesemua bahagian kek siap.
9. Bila sejuk semua kek bolehla di lapiskan dengan butter cream atau creame cheese. Sapu juga bahagian luar dengan butter cream untuk menutupi seluruh kek.
10. tips dari sumber resepi ini : Gunakan pisau yang dicelup air panas unutk memotong kek supaya mendapat potongan yang licin dan kemas.

Butter cream / Cream Cheese icing

250gm butter /  creame cheese
200gm majerin
80gm gula icing/susu pekat (ikut manis yang disukai)

cara-cara
pukul butter/cream cheese dengan majerin hingga kembang. Tambah gula icing dan pukul lagi hingga ringan dan mudah disapu.