Sunday, September 5, 2010

Almond London

Satu lagi biskut raya yang mesti di buat setiap tahun kerana my hubby and my dauther mmg pengemar choklat tegar. Gambar pun tak ambik lg..letih lepas siap membaking terus lepak2...hehehe...resepi nie saya baru cuba dari bloger tiffinbiru. Sebelum nie resepi lain yg ntah kemana hilangnya.....daripada hilang lg saya simpan di sini....:D

Bahan-bahan
125 gm butter
75 g aising sugar
1 biji kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g Tepung Gandum
1 camca teh emplex ( di satukan bersama tepung dan di ayak)
355 g badam berkulit, di panggang atau di goreng...senang masuk oven kasi bakar selama 5 minit.

Bahan-bahan hiasan
300 g coklat masakan
1/2 camca besar lemak sayur- saya guna butter je
badam cincang secukupnya utk ditabur di atas biskut
paper cup secukupnya

Cara-cara
1. Satukan mentega dan gula, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan vanilla, terus pukul hingga berkrim.
2. masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. ambil sedikit doh dan letak sebiji badam. buat sehinnga habis dan bakar pada suhu 200C selama 12 minit ( dlm resepi asal 150C selama 12 minit- maybe oven lain2 tu yg saya kena 200C selama 12 minit).
3. Cairkan cokelat secara double boiler (letak mangkuk tahan panas berisi cokelat masakan diatas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan butter dan kacau rata.
4. ambil sebiji biskut yang botak tadi masukkan ke dalam paper cup dan sudukan coklat cair hingga menutupi biskut. taburkan badam cincang dan susun di dalam bekas.

Ala-ala Famous Amos

Search punya search jumpa resepi nie...try..not bet la mcm famous Amos. Ukuran bahan nie agak byk juga jadi saya buat separuh dr ukuran tersebut. Gambar utk resepi nie pun tak ambik lg....saje postkan supaya resepi nie tak hilang.

Bahan-bahan

2 cups butter
4 cups flour
2tbs baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & lend in blander to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tbs salt
18 oz Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tbs baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tbs vanilla

cream the butter and both sugar. Add egg and vanilla. mix together with flor,oatmeal,salt,baking powder and soda. Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts. Roll into balss and place two inches apart on a cookie sheet. bake for 10 minutes at 375 degrees. makes 122 cookies.

Tart gulung

Resepi yang mudah, dan sedap.Gambar nanti la sbb lum ambik lg.

Bahan-bahan untuk pastri
450 gm Tepung Gandum
1 1/4 ketul butter - dlm 300 gm
4 biji kuning telur

cara :
Butter dan tepung digaul rata (menjadi bread crump). Masukkan telur kuning yang telah di pukul. uli sehingga menjadi doh.

Bahan-bahan Inti Nenas
Nenas
gula sedikit pewarna kuning
Nisbah nenas:gula = Sebiji Nenas : secawan gula

Cara :
Kisar nenas dan masukkan ke dalam periuk dan masakan sehingga air kering. Masukkan gula dan sentiasa dikacau sehingga tidak hangus.

Doh tadi masukkan ke dalam pam semprit dan letakan jem di belakang dan gulung. Sapukan kuning telur sebelum di bakar pada suhu 180 c